GoodYear tutup kilang Shah Alam - tetap akan jual tayar di Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
GoodYear, antara syarikat tayar yang sudah lama di Malaysia, akan mula menutup operasi kilang mereka di Shah Alam bermula 30 Jun dan akan selesai sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu adalah salah satu dari program transformasi GoodYear Forward yang mahu mengoptimakan operasi syarikat tersebut dan akan membantu dalam usaha untuk mencapai penurunan kos operasi tahunan GoodYear sebanyak US$1 billion.

Sebanyak 550 orang pekerja akan terkesan dalam tindakan penutupan kilang yang dibuka sejak tahun 1972. GoodYear hadir ke Tanah Malaya seawal tahun 1929 dan menjadi pembekal tayar untuk kereta pertama negara, Proton Saga dalam tahun 1985.

Goodyear Malaysia akan kekal di dalam pasaran tempatan dengan tayar-tayar yang akan dibawa masuk dari kilang-kilang mereka yang lain di Thailand, Indonesia, China dan Taiwan.

Kilang tayar GoodYear adalah antara kilang terawal di Shah Alam dan dibina dalam tahun 1972.
Kilang tayar GoodYear adalah antara kilang terawal di Shah Alam.

 

Sumber dalaman juga memberitahu Careta bahawa tidak ada perancangan untuk meningkatkan harga produk mereka di pasaran buat masa ini.

Kilang di Shah Alam sebenarnya sudah mula mengurangkan operasinya sejak beberapa tahun dahulu dan GoodYear lebih banyak membawa masuk tayar-tayar dari kilang mereka di luar negara. 

Di bawah ialah keterangan rasmi GoodYear Asia Pasifik.


 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…