Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Morais dan pasukan mereka.
Kesemua peserta berpeluang untuk melawat dan dipertontonkan bagaimana kereta-kereta di kilang tersebut dibangungkan serta disatukan.

Kemudian, peserta turut berpeluang untuk lakukan pandu uji dengan beberapa cabaran yang berbeza di sekitar kawasan kilang tersebut.
Beberapa model disediakan untuk sesi pandu uji antaranya adalah 2008, 3008 dan 5008 yang kini dipasang di Malaysia serta trak pikap Landtrek yang akan dipasang tidak lama lagi.

Tambahan itu juga, mereka turut berpeluang untuk memandu 408GT baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi yang dijangkakan pada suku seterusnya.

Selain itu, setiap ahli turut berpeluang merasai pengalaman baharu untuk memandu Landtrek bagi melihat keupayaan model tersebut di laluan simulasi off-road di sana.
Mereka juga berpeluang melihat beberapa model terbaru daripada Alfa Romeo, Jeep dan Citroen dan tidak pasti sama ada model itu ditawarkan di pasaran pada masa hadapan ataupun tidak.

Pada penghujung program tersebut, Gonzalez turut mengadakan sesi bual bicara dengan para peserta dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas langsung.

Perkara tersebut membuktikan bahawa Stellantis benar-benar serius untuk membawa marques ke tahap yang lebih tinggi.
SUMBER : MotaAuto