Stellantis Malaysia mulakan operasi pusat panggilan untuk PEUGEOT, DS dan Citroën pada 1 Mac 2024

oleh Firdaus Razani|
Syarikat Jualan Nasional Stellantis Malaysia (Stellantis Malaysia) akan memulakan operasi pusat panggilan sehenti untuk kenderaan PEUGEOT, DS dan Citroën di negara ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai entiti yang menguruskan pengagihan jualan dan pengalaman pemilikan kenderaannya.

Tambahan itu juga, pusat panggilan ini akan menawarkan perkhidmatan sokongan pelanggan untuk sebarang aduan, pertanyaan dan bantuan berkaitan jualan dan selepas jualan.

Pemilik kenderaan PEUGEOT, DS dan Citroën boleh menghubungi pusat panggilan melalui: Nombor Bebas Tol: 1800-18-STLA (7852) atau hantar melalui alamat E-mel: [email protected]

Pusat panggilan Stellantis Malaysia akan beroperasi dari hari Isnin hingga Ahad dan bermula pada waktu jam 8.45 pagi hingga 5.45 petang.

Selain itu, Stellantis Malaysia akan menyediakan sokongan 24 jam untuk kes kemalangan dan kerosakan bagi memastikan bantuan berterusan apabila diperlukan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…