Namun, menurut sepucuk surat arahan yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedikit menimbulkan tanda tanya.
Masa kerajaan BN buat perbandingan harga petrol di negara2 ASEAN ramai kecam sebab kata tak relevan banding dengan tempat lain. Sekarang dah kena paksa paparkan di semua stesen minyak. ?? pic.twitter.com/QdtqG1UMGN
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 11, 2019
Arahan surat tersebut antara lain 'memaksa' memaparkan perbandingan harga bahan api di negara-negara Asean di premis perniagaan masing-masing.
Turut dimuatnaik adalah jadual perbandingan harga petrol dan diesel di negara-negara yang lebih mahal harganya seperti Singapura, Laos, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.
Kebenaran surat yang dipaparkan ini belum dapat dipastikan lagi memandangkan tidak banyak portal berita yang melaporkan berita ini sejak semalam.
Bermula dari awal tahun ini, kerajaan telah menggunakan mekanisme apungan harga automatik (APM) secara mingguan berbanding bulanan tahun lalu.
Ini bermakna, setiap minggu kita akan mendengar pengumuman perubahan harga bahan api menerusi media sosial, sama ada turun atau naik bergantung kepada harga pasaran dunia semasa.