Stesen Pengecasan Prestasi Tinggi Shell Recharge di Genting awal 2024

oleh HEZERI SAMSURI|
Shell Recharge bakal membuka stesen pengecasan prestasi tinggi (HPC) di puncak Genting Highlands pada awal tahun hadapan

Projek kolaborasi tiga penjuru oleh Shell Recharge, Porsche Malaysia dan Genting Malaysia Berhad itu bakal menyaksikan sejumlah 10 pengecas dipasang di Resorts World Genting, salah satu dari hotel yang terletak di puncak bukit peranginan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hab itu merangkumi empat pengecas prestasi tinggi DC dengan 360 kW dan bakinya ialah pengecas AC pada kadar 22kW.

Pengguna boleh menempah pengecas tersebut melalui applikasi ParkEasy yang mudah dan turut mempunyai fungsi navigasi untuk membawa anda ke ruang parkir yang ditempah.

Buat masa sekarang, Shell Recharge sudah mempunyai 136 pengecas di seluruh negara dan penambahan ini meneruskan lagi usaha syarikat tersebut untuk melengkapkan jaringan pengecas EV serantau, dari Thailand ke Malaysia sehingga ke Singapura.

 


 

 

Genting pula mensasarkan 10 peratus dari jumlah keseluruhan ruang parkir di seluruh pusat peranginan tersebut dilengkapi dengan sistem pengecas EV. 

Shell Recharge juga mengumumkan kadar bayaran untuk mengecaj kini berpandukan mekanisme kilowatt-jam (kWh) dan bukan lagi mengikut jumlah masa ia digunakan.

Syarikat itu juga mengenakan bayaran untuk tempahan pengecas dan bayaran tambahan sekiranya kenderaan dibiarkan di ruang tersebut tanpa menggunakan pengecas.

Ini ialah untuk menghalang pengguna dari meninggalkan kenderaan di ruang pengecas walaupun bateri sudah dicaj sepenuhnya.

Di bawah ialah senarai harga pengecas Shell Recharge.

price 1price 2price 3

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penambahbaikan baharu itu menekankan lagi komitmen Sime Darby terhadap alam sekitar, dimana ia…
Berita Domestik
Dengan adanya jaringan stesen pengecasan Shell Recharge ini, para pemilik kenderaan elektrik (EV)…
Berita Domestik
Kali ini, mereka dilapor cuba untuk menggunakan fasiliti pengecasan EV yang terletak di Shell…