STESEN SUPERCHARGING TESLA DI PAVILION BUKIT JALIL SUDAH DIBUKA

oleh Firdaus Razani|
Sejak pelancaran pertama pada lapan bulan yang lalu, kini Tesla terus komited untuk menyediakan rangkaian pengecasan yang lebih lancar kepada pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, Tesla mengumumkan pembukaan stesen Supercharging terbaharu di Pavilion Bukit Jalil yang dilengkapi dengan enam Supercharger dan dua Destination Charger.

Sehingga hari ini, di Malaysia terdapat enam stesen Supercharging dan enam stesen Destination Charging yang menawarkan sejumlah 30 Supercharging dan 25 Destination Charging di bandar-bandar utama Malaysia.

tesla

Stesen pengecasan memanfaatkan kecekapan pengecasan tertinggi 250kW, dimana Tesla Model 3 boleh mengecas semula untuk jarak 282km dalam masa 15 minit.

Selain itu, pengecasan merentas negara Malaysia dan Singapura sudah didayakan.

Dengan sokongan bersepadu untuk kenderaan Tesla dan aplikasi mudah alih, pemilik mampu menavigasi dengan mudah, prasyarat bateri kenderaan dan mengakses stesen pengecasan.

Ini termasuk pemantauan masa ketika pengecasan, status pengecasan, pembayaran dan sokongan teknikal.

Bagi mengetahui lebih terperinci mengenai stesen pengecasan Tesla di Pavilion Bukit Jalil, boleh rujuk di bawah ;

tesla

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…