Subaru dedah teaser Levorg Layback - wagon dengan elemen crossover

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Levorg generasi kedua telah muncul di pasaran Jepun pada tarikh 21 Ogos 2020, dengan membawakan enjin baharu CB18 berkuasa 174 hp dan 300 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan memperkenalkan varian baharu yang digelar sebagai Levorg Layback.
 

levorg


Berdasarkan imej teaser yang dibekalkan, Subaru Levorg Layback dilihat membawakan elemen stail SUV, dan boleh disifatkan sebagai alternatif wagon kepada Subaru Crosstrek.

Antara perubahan yang dikesan termasuklah rekaan bampar yang menampilkan jeriji yang lebih lebar, trim aluminium yang menghubungkan unit lampu LED, rekaan roda aloi baharu, jarak lega bumi yang sedikit tinggi serta kemasan upholsteri kulit dua tona.

 

levorg


Difahamkan, tempahan untuk Levorg Layback akan mula dibuka di Jepun seawal 7 September sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada ia akan kekal menjadi model khusus untuk pasaran Jepun, atau bakal diperluaskan ke pasaran lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…