Subaru Forester Hybrid sah akan guna teknologi Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama erat antara Subaru dan Toyota tidak akan terhenti setakat projek kereta sports BRZ/GR86 serta bZ4X/Solterra.

Menurut laporan Automotive News, Subaru diberitakan akan menggunakan kepakaran Toyota di dalam aspek trenkuasa hibrid untuk dipadankan pada sistem hibrid e-boxer pada Subaru Forester 2025.

Presiden dan CEO Subaru Amerika, Jeffrey Walters menjelaskan varian hibrid Subaru Forester 2025 akan mempunyai komponen bateri dan elektrik yang disumberkan daripada Toyota.
 

Forester


Varian Forester hibrid itu dijangka akan muncul dalam tempoh setahun selepas pelancaran model Forester standard.

Sebagai info, Subaru Forester 2025 generasi baharu kini ditawarkan dengan enjin boxer 2.5 liter yang mampu menghasilkan 180 hp dan 241 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD.

Baca: Subaru Forester 2025 - Enam Perkara Yang Patut Anda Tahu

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sentuhan Estetik dan Aerodinamik STI     Penampilan luaran Impreza STI Performance Edition…
Berita Global
Dua konsep STI dua hala tuju Dalam pameran kali ini Subaru memperkenalkan dua model konsep…
Berita Global
SUV Kompak Serba Boleh Subaru REX direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dalam…