Subaru Levorg STI Sport R 2022 - enjin 2.4 liter turbo 271 hp/375 Nm, harga dari RM161k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Levorg generasi baharu telah dilancarkan di pasaran Jepun pada Ogos tahun lalu, namun ia juga turut dikenali dengan nama WRX Sportswagon untuk pasaran Australia, serta WRX GT untuk pasaran New Zealand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak pun perlu menunggu lama selepas pelancaran rasmi, Subaru Jepun telah mengemaskini penawaran model wagon Levorg ini dengan membawakan trim baharu yang digelar sebagai STI Sport R.
 

STI


Sebagai makluman, meskipun ia membawakan nama 'STI', ia bukanlah versi STI yang lebih lengkap, sebaliknya Levorg STI Sport R didatangkan dengan sedikit naik taraf prestasi dan penggayaan yang lebih sporti.

Ia dikuasakan oleh enjin boxer 2.4 liter turbo (diperoleh daripada Subaru WRX) yang mampu menjana 271 kuasa kuda dan 375 Nm, di mana kuasa itu tadi disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi CVT dengan mod manual lapan nisbah kelajuan maya.

Selain daripada pemilihan mod pemanduan seperti Comfort, Normal, Sport, Sport+ dan Individual, wagon ini turut didatangkan dengan suspensi yang dilengkapi unit peredam kawalan elektronik.
 

STI


Untuk versi yang lebih rendah (STI Sport), Subaru mengekalkan enjin standard CB18 1.8 liter turbo yang mampu menjana 174 kuasa kuda dan 300 Nm, sistem pacuan semua roda Symmetrical AWD dan transmisi CVT Lineartronic.

Subaru Levorg 2022 versi STI Sport R ini didatangkan dengan lencana STI pada gril dan pintu belakang, splitter depan yang lebih sporti, skid plate aluminium, rim aluminium bersaiz 18 inci dan tip ekzos berkembar yang sedikit besar.

Kelengkapan pada ruang kabin pula merangkumi upholsteri kulit, skrin infotainmen 11.6 inci, skrin kluster digital 12.3 inci, serta roda stereng STI balutan kulit.
 

STI


Selain daripada pengenalan trim baharu, Subaru Levorg 2022 turut dikemaskini dengan opsyen pemasangan bumbung suria, pintu belakang berkuasa elektrik, serta sistem ADAS EyeSight X versi terkini.

Harga jualan Subaru Levorg 2022 di Jepun bermula dari  ¥3,102,000 (RM113,792) sementara versi STI Sport EX pula bermula dari ¥4,092,000 (RM150,108).

Bagi mereka yang mahukan Levorg STI Sport R, harga jualan bermula dari ¥4,389,000 (RM161,002) sehingga ¥4,774,000 (RM175,126) untuk varian STI Sport R EX.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan…
Berita Global
  Model ini dilengkapi komponen berprestasi STI dan ditala khas untuk mempertingkatkan kestabilan…
Berita Global
Ketiga-tiga model ini didatangkan dengan pakej STI dengan aksen berwarna merah, perumah cermin sisi…