Subaru Rex 2023 - kembar keempat kepada Raize, Rocky, Ativa

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada model baharu Subaru Rex 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Macam pernah lihat bukan? Ya, tekaan anda tepat sekali.

Subaru Rex 2023 merupakan kembar keempat yang muncul, di mana asas yang sama telah digunakan oleh SUV Toyota Raize, Daihatsu Rocky dan tidak ketinggalan Perodua Ativa.
 

REX


Nama Rex ini sebenarnya telah pun wujud pada kereta kei Subaru yang dihasilkan antara tahun 1972 hingga 1992, di mana ketiga-tiga generasi awal Subaru Rex menampilkan bentuk badan hatchback.

Selain daripada logo Subaru dan kemasan jeriji, boleh dikatakan keseluruhan rupa Rex ini 'meniru' rekaan Rocky.

Untuk pasaran Jepun, terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu varian asas G dengan rim aloi 16 inci, manakala varian Z pula mendapat rim 17 inci, serta penggunaan lampu LED.
 

REX


Rekaan ruang kabin juga tidak banyak perubahan, di mana penawaran standard terdiri daripada skrin kluster digital, skrin infotainmen tujuh atau sembilan inci, serta kelengkapan keselamatan seperti enam beg udara dan ciri bantuan pemandu termaju ADAS.

Berbeza dengan Raize/Rocky, Rex hanya ditawarkan eksklusif dengan enjin tiga silinder sebaris 1.2 liter aspirasi natural WA-VE dengan kuasa 80 hp dan 105 Nm.

Sistem transmisi adalah jenis CVT, sementara sistem pacuan semua roda yang sinonim dengan jenama Subaru tidak langsung ditawarkan pada model Rex.
 

REX


Harga jualan Subaru Rex di Jepun bermula dari ¥1,820,000 (RM60,348) untuk varian G, hingga ¥2,171,100 (RM71,990) untuk varian Z - jauh lebih mahal berbanding harga Raize/Rocky dengan penawaran enjin yang sama.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai…