Subaru REX Boost Gear Concept - idea modifikasi off-road untuk pemilik Ativa

oleh Mohamad Hanif|
Subaru bakal membawakan dua buah model konsep berorientasikan off-road pada acara Tokyo Auto Show 2023 tahun depan.

Salah satu daripadanya ialah Subaru Crosstrek Boost Gear Concept yang membawakan pelbagai penambahan yang menjadikan rupa paras crossover ini lebih ranggi.
 

Crosstrek


Antaranya ialah penambahan cladding perlindungan plastik pada beberapa tempat, tayar mud-terrain Yokohama Geolander, serta sistem suspensi yang mampu meninggikan jarak kelegaan tanah.

Bahagian fender menampilkan hiasan besi perlindungan gaya aluminium, diikuti dengan rak bumbung Rhino, bar lampu LED melintang penuh, serta mud flap gaya rali.

Konsep Boost Gear ini diakhiri dengan kemasan warna biru laut yang boleh dilihat pada rim aloi, lencana kustom serta pada komponen mud flap.
 

Rex


Untuk pemilik Perodua Ativa yang mahukan SUV mereka lebih bergaya, lihat sahaja pada model Subaru Rex Boos Gear Concept dengan pendekatan yang hampir serupa dengan apa yang dibawakan pada Subaru Crosstrek itu tadi.

Disebabkan ia sebuah SUV urban, Subaru Rex ini tidak didatangkan dengan pemasangan cladding perlindungan badan tambahan.

Namun, ia masih lagi dilengkapi dengan rim aloi hitam, balutan tayar Yokohama Geolander, skid plate gaya aluminium, kemasan aksen biru cair serta bumbung yang diwarnakan hitam.
 

Subaru Rex


Untuk makluman, di Jepun Subaru Rex ditawarkan secara eksklusif dengan enjin 1.2 liter berkuasa 80 hp, dipadankan dengan transmisi CVT dan sistem pacuan roda hadapan sahaja.

Lebih banyak info berkenaan Boost Gear Concept ini bakal diketahui pada acara Tokyo Auto Salon 2023, di mana Subaru bakal mempamerkan barisan model terkini mereka termasuklah Impreza dengan kelengkapan STI, dan Levorg STI Sport.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dua konsep STI dua hala tuju Dalam pameran kali ini Subaru memperkenalkan dua model konsep…
Berita Global
SUV Kompak Serba Boleh Subaru REX direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dalam…
Berita Global
Showroom Jadi Ruang Sosial Menurut laporan, Subaru of America bercadang menjadikan setiap pusat…