Subaru WRX S4 STI Sport 2024, 500 unit sahaja ditawarkan di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Subaru Jepun melancarkan sebuah lagi model WRX edisi khas, iaitu WRX S4 STI Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harus diingat, sedan ini bukanlah versi penuh STI, dan ia tidak langsung diberikan sebarang peningkatan kuasa terhadap enjin sedia ada.
 

S4


Sebaliknya, Subaru membawakan beberapa penambahbaikan dari sudut kosmetik, seperti contoh rim tempa BBS bersaiz 19 inci kemasan Super Black, balutan tayar Michelin Pilot Sport 5, diikuti dengan jeriji hadapan yang telah disemak semula.

Kemasan warna hitam turut dipadankan pada beberapa tempat termasuklah perumah cermin sisi, spoiler trunk lid, emblem WRX dan S4, serta antena sirip jerung.
 

S5


Tersembunyi di sebalik imej yang lebih sporti itu ialah pemasangan tower bar di hadapan diikuti dengan bar anti-oleng di belakang dan penyejuk transmisi yang telah dinaiktaraf.

Untuk ruang dalaman pula, antara perubahan termasuklah roda stereng balutan kulit dengan jahitan perak, tombol gear, tempat duduk Recaro dengan balutan ultra suede, serta mendapat jahitan kontras perak yang serupa.
 

S4


Seperti yang disebut tadi, Subaru WRX S4 STI Sport mengekalkan enjin boxer 2.4 liter menghasilkan 271 hp dan 375 Nm, dipadankan dengan kotak gear CVT.

Hanya 500 unit sahaja yang akan dihasilkan, di mana setiap satu pemilik akan dipilih menerusi cabutan loteri.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model standard, Levorg Layback 2024 telah diberikan elemen rekaan crossover termasuklah…
Berita Global
Selepas pelancaran model Levorg STI Sport pada awal tahun yang lalu, Subaru dijangka akan…
Berita Global
Namun untuk makluman ia masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di tanah tumpahnya minyak hitam…