Subsidi bahan api - kerajaan akan hulur dalam bentuk wang tunai

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh The Malay Mail, kerajaan akan memberikan wang tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah yang telah mendaftar untuk skim bantuan sara hidup (BSH) sebagai subsidi petrol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pegawai KPDNHEP itu berkata, keputusan menggunakan format wang tunai ini dicapai selepas perbincangan yang menyaksikan para penggubal dasar mempertimbangkan pelbagai cadangan. 

Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk di bawah kelulusan kabinet. 

Bagi mengelakkan berlakunya ketirisan dalam pemberian, kerajaan akan menggunakan maklumat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan dan BSH bagi membina pengkalan data yang lebih baik. 

"Kami akan menyemak silang data dari JPJ dan daripada situ kita boleh melihat siapa yang memiliki kenderaan. 

"Mereka yang tidak memiliki sebarang kenderaan tidak akan menerima wang tunai." ujar pegawai menteri. 

November tahun lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bahawa kerajaan merancang untuk memberikan subsidi kepada pemilik kenderaan dan motosikal dengan kapasiti enjin bawah 1,500 cc dan 125 cc sekurang-kurangnya 30 sen seliter bagi RON95.

Subsidi itu akan dihadkan kepada 100 liter untuk setiap pemilik kereta dan 40 liter untuk pemilik motosikal dengan kos anggaran subsidi bernilai RM2 billion. 

Sumber: Malay Mail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi itu berkata bahawa kerajaan berpegang kepada rancangan itu dalam wawancara dengan…
Berita Domestik
Beliau berpandangan bahawa rasionalisasi subsidi bahan api dan kenaikan cukai perkhidmatan…
Berita Domestik
“Model subsidi yang akan dilaksanakan ialah model pemindahan subsidi kepada kumpulan sasar.…