Pakar Ekonomi - Hapus subsidi harga, beri bantuan tunai kepada kumpulan sasar

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasansub
Kaedah subsidi terbaik dan berkesan dalam isu melibatkan pembelian petrol adalah dengan memberi bantuan tunai kepada kumpulan sasar bagi tujuan tersebut.

Pakar ekonomi Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, kaedah ini membolehkan kerajaan menghapuskan subsidi harga bahan api dan pada masa sama mengekalkan kuasa beli bagi golongan kurang berkemampuan.

“Model subsidi yang akan dilaksanakan ialah model pemindahan subsidi kepada kumpulan sasar. Pemindahan ini untuk mengekalkan kuasa beli.

"Apabila subsidi harga dihapuskan, maka untuk kekalkan kuasa beli kumpulan rentan, mereka akan dapat tunai untuk beli petrol dalam jumlah yang sama. Penggunaannya tidak terjejas,” katanya dalam laporan Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.

Nungsari juga bersetuju dengan tindakan kerajaan mengehadkan permulaan proses subsidi bersasar ini kepada diesel sahaja, memandangkan kumpulan penggunanya lebih terhad dan mudah untuk disaring.

Pokoknya, pada pandangan beliau, pemberian subsidi secara pukal tidak lagi boleh diteruskan dalam konteks ekonomi semasa negara.

“Subsidi perlu dikurangkan kerana kita sudah belanja hampir satu pertiga daripada hasil cukai kita untuk bayar subsidi sahaja.

"(Tidak boleh teruskan) subsidi kerana kita tidak mampu. Kedua, kerana ia tidak sampai pun kepada kumpulan sasar. Ketiga, ia merosakkan insentif untuk orang lain,” jelasnya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kerajaan turut bekerjasama dengan syarikat stesen minyak untuk memastikan sistem bayaran…
Berita Domestik
"Kerajaan masih dalam proses mereka bentuk sistem penyasaran yang sesuai dan akan membentangkannya…
Berita Domestik
"Kita nak pastikan apabila dilaksanakan pemberian subsidi bersasar ini nanti, ia tidak…