"Saingan sangat sengit termasuk daripada orang bukan Islam. Kira-kira 20 orang membuat bidaan, namun pada jam terakhir ada dua ahli perniagaan membuat bidaan yang semakin tinggi.
"Akhirnya pada jam 9.59 pagi tadi, Pengarah Urusan Murtadha Dakwah, Mohammad Yaakub Yusra, menghantar bidaan tertinggi RM150,000 iaitu hampir tiga kali ganda harga asal yang saya tawarkan untuk dibida iaitu RM55,000," katanya pada sidang media di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, semalam.
Sabtu lalu, media melaporkan Muhammad Sanusi sanggup menjual keretanya demi membantu penduduk Palestin yang diserang rejim Zionis ketika ini.
Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata kereta itu ditawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000 selepas membeli kereta itu dengan harga RM60,000 pada 2018.