Suspek menyamar polis guna Honda City diburu

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan polis sedang mengesan tiga suspek yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan cuba menahan kereta seorang individu di kilometer 41.5 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke Utara awal pagi tadi, menurut laporan Berita RTM.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Yusof Othman memaklumkan, insiden itu tular di Facebook selepas dimuat naik oleh individu yang dikejar suspek berkenaan.

Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Genting Highland, sebelum dikejar suspek berhampiran susur keluar Plaza Tol Sedenak.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


Berdasarkan video, suspek tidak menggunakan kereta peronda, sebaliknya menggunakan kereta persendirian, memasang lampu isyarat biru di bumbung kereta, memakai pakaian seakan polis, memakai pelitup muka dan cuba memberhentikan kereta mangsa dengan membuat isyarat tangan.

Bagaimanapun, polis belum menerima laporan daripada mangsa berkenaan insiden itu manakala usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan pemilik kereta dipandu suspek.

Kes disiasat mengikut seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Sumber: Berita RTM

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wat Mamat berkata, pengadu memasuki…
Berita Global
Menurut Michigan State Police, beberapa pasukan polis daripada Lansing Post dan Brighton Post telah…
Berita Domestik
Kejadian itu berlaku di Taman Rambai Indah kira-kira jam 11.30 pagi dengan laporan polis…