Susulan musim hujan melanda Pantai Timur, pihak LPT2 nasihatkan pengguna rancang perjalanan

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sempena musim cuti akhir tahun, pihak Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengingatkan para pengguna untuk merancang perjalanan mereka dengan baik susulan musim banjir dan hujan yang sedang melanda beberapa tempat di Pantai Timur.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa ini, LPT2 masih boleh digunakan seperti biasa bagi kedua-dua arah namun pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka terhadap info semasa.

Pengurus Perniagaan Wilayah LPT2 Sdn Bhd, Ts. Suhaimi Samat berkata, "berikutan insiden kegagalan cerun yang berlaku di KM393.4 baru-baru ini, LPT2 masih mengaktifkan laluan kontra bagi laluan Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6."

 

lpt

 

"Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan cerun dilaksanakan untuk keselamatan semua pelanggan lebuh raya. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa peka, berhati-hati memandu, mematuhi arahan petugas serta papan tanda trafik apabila menghampiri zon kerja dan laluan kontra terbabit".

Pengguna lebuh raya turut dinasihatkan untuk memeriksa maklumat cuaca terkini melalui aplikasi RakanMET atau layari laman web MET Malaysia.

Untuk sebarang maklumat atau info terkini, anda boleh hubungi pihak LPT2Line di talian 1800-88-0220.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Stesen pengecas baharu itu mula dikongsikan oleh Ismail Tahir melalui dalam kumpulan Facebook…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar, "semua pengguna lebuh raya dapat…
Berita Domestik
Laluan di LPT1 dan LPT2 juga lancar di kedua-dua hala sementara kenderaan bergerak perlahan di…