Susut nilai kenderaan Hyundai setara dengan kenderaan Jepun!

oleh SALINA JALIL|
Nilai jualan semula bagi kenderaan Hyundai di Malaysia kini nampaknya hampir setara dengan pesaingnya oleh pengeluar Jepun.


Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Low Yuan Lung, andaian bahawa kereta Hyundai mempunyai nilai jualan semula yang jauh lebih rendah adalah tidak berasas sama sekali.


“Perbezaan harga ketika menjual model kenderaan Hyundai yang berusia lima tahun berbanding model setara dari pengeluar Jepun adalah tidak begitu ketara.


 

Hal yang sama berlaku bagi nilai penyusutan bagi kedua-dua keluaran itu selepas lima tahun, melibatkan kira-kira 10peratus setahun,” ujar beliau, dan menambah yang permintaan bagi kenderaan terpakai Hyundai semakin bertambah sejak lima tahun lalu.

 

“Setelah sekian lama, Hyundai telah berhasil membuktikan kereta keluarannya boleh diharap dan ditawarkan dalam kualiti yang tinggi.

 

Model Hyundai kini tidak hanya tampil dengan rekaan menawan, tetapi turut dilengkapi dengan inovasi dan teknologi terkini yang setanding dengan penawaran jenama premium Eropah, yang menyumbang kepada permintaan terhadapnya,” tambah beliau.

 

Kesemua model Hyundai terpakai yang tersenarai telah habis dijual sejurus Hyundai melancarkan program kereta terpakai mereka iaitu, Hyundai Promise. Jaminan serta pemeriksaan secara menyeluruh, termasuk servis dan penggunaan alat ganti tulen telah memberi keyakinan kepada pembeli untuk memiliki kereta terpakai dari Hyundai Promise

 

Pusat Hyundai Promise boleh dikunjungi di Lot 33, Temasya Industrial Park, Glenmarie. Premis dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja, dan 9 pagi hingga 12.30 tengahari pada Sabtu. Hyundai Promise dimiliki dan dikenalikan oleh HSDM, dan disokong oleh Sime Darby Auto Selection.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Pengedaran dan Runcit, Sime Darby Motors Malaysia menjelaskan…
Berita Domestik
Model-model seperti Elantra, Santa Fe, Grand Starex, Sonata dan juga Kona boleh didapati di Sime…
Berita Domestik
Setiap kenderaan pra-milik Hyundai yang dijual menerusi Hyundai Promise datang dengan unit enjin…