SUV segmen B baharu, Honda Elevate debut di India - Enjin 1.5L NA, pilihan transmisi 6MT atau CVT

oleh Danial Yasin Suhaimi|
SUV segmen B serba baharu, Honda Elevate membuat kemunculan globalnya di India, dimana ia bakal menjadi pesaing baru kepada Toyota Urban Cruiser Hyryder, Volkswagen Taigun, Hyundai Creta, Kia Seltos, Skoda Kushaq dan Maruti Suzuki Grand Vitara.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Honda Elevate telah dibangunkan oleh pusat R&D Honda Asia Pasifik di Thailand yang direka khusus bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan muda yang mencari status, keselesaan dan mempunyai gaya hidup aktif.

 

2

 

Dari segi kuasa, Elevate menggunakan nadi 1.5 liter NA dipadankan sama ada dengan transmisi manual 6 kelajuan atau transmisi automatik CVT, yang menghasilkan 119 HP dan 145 Nm.

Menjadi keluarga baharu dalam segmen SUV Honda, Elevate juga bakal menerima trenkuasa hibrid sama seperti yang digunakan pada City Hybrid.

 

3

 

Fascia hadapan mempamerkan jeriji ikonik Honda, dipadankan bersama lampu hadapan LED dengan rekaan baharu, profil sisi sporty dan reka bentuk bahagian belakang yang tersendiri bersama lampu belakang berbentuk L.

Dari segi saiz, Elevate memiliki ukuran 4,312 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan 2,650 mm jarak roda, Elevate mempunyai kelegaan tanah sebanyak 220 mm dan 458 liter ruang but.

 

4

 

Pada bahagian dalam, Elevate dilengkapi sistem skrin infotainmen sentuh bersaiz 10.25 inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, bersama paparan kluster instrumen bersaiz 7 inci.

Antara ciri lain yang didatangkan secara standard ialah Honda Connect dengan sokongan jam pintar, kamera undur, LaneWatch, Vehicle Stability Assist dan Hill Start Assist.

 

5

 

Ia turut menerima ciri Honda Sensing, yang merangkumi Collision Mitigation Braking System, Lane Keeping Assist System, Auto High Beam, Road Departure Mitigation System, Adaptive Cruise Control dan Lead Car Departure Notification.

Tempahan bagi Honda Elevate akan mula dibuka bermula bulan Julai 2023 di India, dimana harga jualan dijangka bermula dari INR1.05 juta (RM58,518).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, walaupun menggunakan nama WR-V yang sama wujud di Malaysia, tapi Honda WR-V pasaran Jepun…