Suzuki Assemblers tutup bisnes di Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu berita yang tidak disangka daripada syarikat yang semakin menyepi apabila tular di media sosial berhubung penghentian operasi pengedar jenama motosikal Suzuki di Malaysia, iaitu Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dipetik daripada rakan media MotoMalaya.net, hal ini diperkuatkan dengan surat rasmi berkaitan penutupan operasi Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd berkuatkuasa bulan ini dan ditandatangani sendiri oleh Pengarah Urusan syarikat tersebut, Kunihiko Uetsuki.

Dengan penutupan operasi oleh Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, segala operasi seterusnya akan diserahkan dan diuruskan oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd.

Menurut kandungan daripada surat rasmi itu lagi, segala perniagaan dan transaksi syarikat akan dihentikan bermula 1 Julai ini manakala kontrak dengan para pengedar pula akan ditamatkan mulai 31 Julai 2020.

Malah, surat jaminan bank dan deposit pelanggan akan diserahkan semula menerusi perbankan internet bermula 15 Ogos 2020.

 


Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh kedua-dua pihak, baik dari pihak Suzuki Assemblers mahupun pihak Suzuki Malaysia Sdn Bhd.

Sumber: MotoMalaya

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini merupakan…
Berita Domestik
Aneh.  Tiada sebarang pengumuman, tiada sebarang khabar berita, namun Suzuki Assemblers Malaysia…