Suzuki Jimny 5-Door 2024 mendarat di Indonesia, dari RM141 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Indonesia menerusi pengedarnya PT Suzuki Indomobil Sales baru sahaja melancarkan SUV off-road lima pintu Jimny 2024 sebagai pelengkap kepada penawaran Jimny 3-Door.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,965 mm dengan lebar 1,645 mm, tinggi 1,720 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,590 mm.
 

jimnyt


Jimny 5-door juga turut mengekalkan jarak lega bumi setinggi 210 mm.

Tiada perubahan dari segi trenkuasa, di mana Jimny 5-door didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter K15B dengan pilihan kotak gear lima kelajuan atau automatik empat nisbah kelajuan dan sistem pacuan empat roda AllGrip Pro.
 

jimnyt


Selain mendapat tambahan dua pintu di bahagian tengah, Suzuki Jimny 5-door kini menawarkan ruang kargo sebesar 211 liter.

Secara standard, ruang kabin Jimny 5 pintu ini membawakan skrin Display Audio sebesar 9 inci, sokongan sambungan ke peranti pintar, serta ciri keselamatan seperti enam beg udara.
 

jimny


Terdapat tiga warna pilihan untuk dipadankan pada Suzuki Jimny, iaitu Granite Gray Metallic, Pearl Bluish Black, Jungle Green, diikuti tiga warna dua tona iaitu Metallic Sizzling Red/Pearl Bluish Black, Kinetic Yellow/Pearl Bluish Black dan Metallic Chiffon Ivory/Pearl Bluish Black.

Harga jualan Suzuki Jimny 5-Door bermula dari Rp 462,000,000 (RM141,277) untuk versi manual, sementara varian paling mahal dengan transmisi auto dan warna dua tona pula  berharga dari Rp 478,600,000 (RM146,354).
 

jimnyt


Untuk sebuah SUV off-road, Suzuki Jimny 5-Door turut ditawarkan dengan tiga pakej aksesori, iaitu Marine Style, Street Style, dan Camping Style yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pemilik.

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, Jimny lima pintu itu akan dieksport ke pasaran Jepun dalam masa terdekat berdasarkan…
Berita Global
Jimny 5 Pintu itu masih menggunakan platform ladder-frame dan telah dibina dengan asas dari Maruti…
Berita Global
Dalam masa yang sama, Maruti Suzuki dilaporkan akan turut memperkenalkan SUV EV Concept di samping…