Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti Mitsubishi Pajero, Toyota Land Cruiser dan sebagainya.
Baru-baru ini Suzuki Cars Malaysia memuat naik poster yang memberikan petanda kuat bahawa versi 5-pintu untuk Jimny bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan.
Jimny 5-pintu ini sebenarnya 505 mm lebih panjang dari Jimny biasa kerana penambahan jarak roda yang meningkat sebanyak 340 mm.
Ruang tambahan itu cukup untuk memuatkan sepasang pintu belakang dan ruang kaki yang lebih luas agar ia jadi lebih praktikal.
Papan pemuka kekal sama dan enjin juga masih menggunakan enjin K15B 1.5L petrol tanpa turbo yang memberikan hantaran tenaga 103 hp dan 134 Nm, melalui transmisi automatik 4 kelajuan (tiada varian manual di Malaysia).
Harga untuk 5-pintu ini pastinya lebih tinggi dari varian 3-pintu. Berapa? Mungkin anda boleh cadangkan berapa yang patut!
Di bawah ialah video pandu uji Careta di "New Zealand" Malaysia.