Suzuki Jimny menang anugerah Kereta Urban Dunia 2019

oleh Muhammad Md Tajudin|
Berdasarkan respon wargamaya, Suzuki Jimny nampaknya digemari ramai. Suzuki hanya menggunakan formula ringkas untuk Jimny, teknologi semasa dengan reka bentuk berkotak.

Jelas formula tersebut berjaya apabila Jimny memenangi kategori Kereta Urban di dalam Anugerah Kereta Dunia 2019 yang diumumkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa New York. Dua lagi finalis dalam anugerah ini ialah Hyundai AH2 dan Kia Soul.

Satu lagi perkara menarik apabila Jimny berada dalam senarai finalis Anugerah Reka Bentuk Dunia bersama dengan Volvo XC60 dan dimenangi oleh Jaguar I-PACE.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki Jimny

 

Suzuki bukan nama asing di dalam kategori Kereta Urban Dunia apabila Ignis turut tercalon di dalam senarai tiga teratas untuk tahun 2017 dan Swift dalam senarai sama pada tahun 2018.

Jimny berjaya mengharungi peringkat undian pusingan pertama dan kedua dan untuk tahun ini sebanyak 40 buah model baharu dicalonkan untuk Anugerah Kereta Dunia.

Panel juri Anugerah Kereta Dunia/Kereta Dunia Tahunan terdiri daripada lebih 80 jurnalis automotif dengan lapan daripadanya mewakili United Kingdom dan Republik Ireland.

Jimny dilancarkan di pasaran Jepun pada tahun 2018 sebelum dipertontonkan pada Pameran Kenderaan Paris dan kemudian mula dijual di United Kingdom pada Januari lalu.

 

Suzuki Jimny

 

Jip kecil molek ini digerakkan oleh enjin 1.5 liter petrol berkuasa 101PS dengan sistem pemilihan pacuan empat roda ALLGRIP PRO dengan gear pindahan rendah sebagai ciri standard.

Turut dilengkapkan ialah lampu depan automatik dengan bantuan lampu punca dan teknologi keselamatan seperti Dual Sensor Brake Support (DSBS) Lane Departure Warning, dan Weaving Alert.

Buat penggemar Jimny tempatan, sedia maklum bahawa Suzuki sudah tidak lagi beroperasi di dalam negara. 

Untuk makluman, Suzuki Thailand telah melancarkan Jimny pada penghujung Mac lalu dengan harga 1.55 juta baht (RM199 ribu) untuk lima kelajuan manual dan 1.65 juta baht (RM211,852) untuk versi automatik empat kelajuan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Suzuki Jimny

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…