Suzuki Malaysia lancar GIXXER 250, GIXXER SF250 - dari RM14,500

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Malaysia Sdn Bhd telah rasmi melancarkan model terbaharu dalam segmen 250 cc, iaitu Suzuki GIXXER 250 dan GIXXER SF250.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model tersebut berkongsi spesifikasi enjin silinder tunggal bersesaran 249 cc SOHC yang mampu menjana kuasa setinggi 26.7 hp @ 9,300 rpm dan daya kilas puncak 22.2 Nm @ 7,300 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.

Antara ciri inovatif yang wujud pada GIXXER 250 dan SF250 ialah sistem penyejukan minyak Suzuki Oil Cooling System (SOCS), diikuti teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) untuk kecekapan penggunaan petrol yang luar biasa.
 

GI


Membezakan antara kedua-dua model ialah reka bentuk di mana GIXXER SF250 dipadankan dengan reka bentuk sisi reraup penuh bercirikan perlumbaan, sementara GIXXER 250 pula bersifat seperti sebuah jentera naked dengan tunggangan yang lebih menegak.

Selain daripada itu, GIXXER 250 dan SF250 banyak berkongsi ciri seperti tangki bahan api sebesar 12 liter (jarak tunggangan 400 km), sistem brek ABS, Suzuki's Easy Start System, peredam ekzos dengan kemasan krom, roda aloi dan kluster meter LCD.
 

G


Suzuki GIXXER 250 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Metallic Met Stellar Blue dan Metallic Matte Black No. 2 sementara GIXXER SF250 pula ditawarkan dengan warna Edisi GP (Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue) dan Metallic Matte Black No. 2.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan (atas jalan tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan) adalah seperti berikut:
Suzuki GIXXER 250 - RM14,500.00
Suzuki GIXXER SF250 - RM15,200.00
Suzuki GIXXER SF250 Edisi GP - RM15,500.00

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia berikutan tiga model Suzuki di pasaran India, iaitu GIXXER 250, GIXXER SF250 dan V-Strom SX 250…