Suzuki Motor Corp mahu tambah pelaburan di Malaysia - PMX

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki Motor Corporation dilapor melahirkan hasrat untuk menambah lagi pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia, menurut laporan Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah, syarikat Jepun itu akan mengeratkan lagi kerjasama dengan rakan teknikal tempatannya, KMSB Motors Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anwar berkata, penambahan pelaburan dan peningkatan kerjasama itu dimaklumkan sendiri Presiden Suzuki Motor Corp Toshihiro Suzuki kepada beliau dalam satu kunjungan hormat yang berlangsung petang tadi.

"Sayugia, keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal," katanya menerusi hantaran terbaharu di laman Facebook beliau, usai menerima kunjungan rombongan berkenaan.

Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Wira Arham Abdul Rahman, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KMSB Motors Sdn Bhd Ahmad Faez Tan Sri Yahaya.   

"Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.

"Dengan kerjasama ini, saya  berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur dari negara Jepun," kata Anwar.

 

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut satu sumber yang rapat di dalam industri, rundingan antara Suzuki dan Naza dijangka akan…
Berita Domestik
Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan dijangka akan terbang ke Jepun awal bulan hadapan bagi…