Suzuki mungkin henti jual GSX-R1000 di Eropah tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Bagi yang mengikuti perkembangan Suzuki semasa, sudah pasti anda mengetahui kebanyakan model yang dilancarkan oleh Suzuki sejak kebelakangan ini hanyalah bersifat kemaskini kecil, dan bukannya menerusi pengenalan platform baharu sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nasib jentera GSX-R1000 kini semakin malap apabila Suzuki dilapor mungkin akan menghentikan penjualan jentera itu bermula tahun 2023.

Ini kerana menurut laporan, Suzuki GSX-R1000 merupakan antara model motosikal yang masih lagi dijual di Eropah dan tidak mempunyai standard emisi Euro 5.

Pelaksanaan Euro 5 bagi motosikal telah pun dibuat pada Januari 2020 untuk model baharu, dan Januari 2021 bagi model sedia ada.

Namun, Suzuki telah berjaya memohon lanjutan tempoh selama dua tahun bagi menjual GSX-R1000 berspesifikasi Euro 4 di bawah peraturan 'End of Series', bagi membolehkan syarikat itu menghabiskan stok sedia ada bagi model-model yang kian menghampiri penghujungnya.

Menjelang Januari 2023, Suzuki perlu membuat keputusan sama ada untuk menaiktaraf GSX-R1000 atau terus menghentikan penjualan superbike satu liter itu dari pasaran Eropah.
 

GSX-R1000


Kemaskini terakhir yang dibuat pada GSX-R1000 berlaku pada tahun 2017, dan model tersebut sememangnya memerlukan satu perubahan yang besar untuk model tahun 2023.

Sekiranya benar model GSX-R1000 ini bakal ditamatkan penjualannya, Suzuki Eropah bakal mempunyai hanya satu model sportbike sahaja untuk tahun 2023, iaitu GSX-R125 memandangkan dua lagi model GSX-R600 dan GSX-R750 telah pun dihentikan penawarannya disebabkan oleh regulasi emisi Euro 4.

Dengan penamatan penglibatan Suzuki dalam sukan permotoran (MotoGP dan EWC) setelah berakhir musim 2022, ini bermakna Suzuki tiada lagi medan ujian sebenar untuk menguji jentera GSX-R1000 generasi baharu.

Keputusan untuk tidak berlumba dan memfokuskan kepada platform yang lebih lestari, mungkin Suzuki sudah hilang minat untuk membangunkan superbike baharu untuk generasi akan datang.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Model edisi khas ini menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal…
Berita Global
1983 - 1989: Suzuki Cultus generasi pertama / Swift     Di negara kelahirannya, Swift bermula…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…