Menurut Nissan UK, pekerja di dewan pameran itu tidak mempromosikan jenama kenderaan EV tetapi lebih kepada menerangkan teknologi EV.
Namun begitu sekiranya ada yang berminat untuk membeli, kakitangan di sana akan menyampaikan informasi pelanggan kepada pengedar yang berdekatan.
Pusat pameran itu berada di dalam sebuah pusat membeli belah yang sibuk dan ia cuma mampu memuatkan empat buah EV dalam satu masa.
Keempat-empat model itu akan ditukar-tukar sementara jika ada yang mahu memandu uji, ia mempunyai sebanyak 59 model yang diletakkan berhampiran khusus untuk tujuan tersebut.
Kerajaan UK juga sebenarnya menaja sebahagian dari kos projek ini dengan membeli semua kenderaan pandu uji itu.
Ini adalah selari dengan objektif UK untuk meningkatkan penggunaan EV dan juga keputusan mereka untuk menghentikan jualan kenderaan bukan elektrik selepas tahun 2040.