TOYOTA LABUR LEBIH 10 BILION DOLAR DALAM EV, AI

oleh Firdaus Razani|
Toyota Motor baru-baru ini melaporkan rekod keuntungan bersih sebanyak 4.9 trilion yen ($31.8 bilion) bagi tahun kewangan berakhir Mac.

Angka tersebut adalah dua kali ganda berbanding 12 bulan sebelumnya, dibantu oleh yen yang lemah dan permintaan yang semakin meningkat untuk kenderaan hibrid.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha kami untuk menggunakan kecerdasan buatan generatif, termasuk pemanduan autonomi.

“Kami akan menyasarkan untuk mengembangkan pelaburan berkaitan Artificial Intelligence (A.I),” tambahnya.

Toyota turut mengumumkan rancangan untuk melabur 2 trilion yen ($12.9 bilion) pada tahun kewangan berakhir Mac 2025.

Ia adalah untuk mengukuhkan pengurusan rantaian bekalan dan usaha mobiliti masa depan, termasuk kenderaan elektrik dan teknologi hidrogen.

 

toyota

 

Toyota mencatatkan pendapatan operasi sekitar 5.3 trilion yen pada tahun fiskal yang berakhir baru-baru ini, dan ia meningkat 96.4 peratus, tahun ke tahun.

Hasil berjumlah 45 trilion yen dan peningkatan sebanyak 21.4 peratus itu kedua-duanya mencatat rekod tertinggi.

Permintaan kukuh untuk kereta hibrid dan semakan harga di Amerika Utara dan Eropah telah menambah 2 trilion yen kepada pendapatan operasi pembuat kereta itu.

Matawang Yen yang lebih lemah juga menyumbang kepada pendapatan luar negara dan kadar pertukaran asing yang menggalakkan menambah tambahan 685 bilion yen dalam pendapatan operasi.

Toyota menjual lebih daripada 10.3 juta kenderaan di seluruh dunia, termasuk jenama Lexus, mencapai tahap tertinggi sepanjang masa dan peningkatan sebanyak 7.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Manakala jualan di Asia, termasuk China, Asia Tenggara dan India, adalah serupa dengan tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 3.3 juta kenderaan.

 

Laporan lanjut di Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
  GR86 2025 mempunyai rasa hubungan dengan jalan raya, tindak balas stereng dan kelinearan lebih…
Berita Domestik
Peratusan yang luar biasa ini menunjukkan sokongan dan semangat yang semakin meningkat untuk acara…
Berita Domestik
Menerusi senarai yang dipaparkan oleh JPJ pada hantaran Facebook, kenderaan Mercedes-Benz…