Tahukah anda? Nissan Qashqai kereta paling laku di UK pada 2022!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Qashqai Nombor Satu di UK
Nissan Qashqai Nombor Satu di UK
Nissan Qashqai merupakan kereta terlaris di United Kingdom (UK) pada tahun 2022 dan model buatan Britain pertama yang menggunguli carta tersebut dalam tempoh 24 tahun.

Angka itu didedahkan oleh Society of Motor Manufacturers & Traders (SMMT) bersama data-data jualan lain di UK.

Sebanyak 42,704 unit Qashqai berjaya dijual di UK dengan jualan pada Disember sahaja mencecah 3,506 unit.

Walaupun jenama Jepun, Qashqai direka di Paddington, direkayasa (engineered) di Cranfield dan dipasang di Sunderland.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Qashqai Nombor Satu di UK

 

Pencapaian tersebut diraikan dengan sebuah Qashqai dalam balutan emas dan juga penghormatan kepada 7,000 kaki tangan Nissan yang menyumbang kepada kejayaan itu.

Qashqai kini berada di dalam generasi ketiga yang dijual di UK sejak dilancarkan pada 2007 dan kesemuanya secara konsisten berada di dalam senarai jualan bulanan terbaik.

2022 merupakan tahun jualan terbaik Qashqai dan buat julung kali sebuah model Nissan berada pada kedudukan pertama.

Qashqai juga model pertama Nissan di Eropah yang digerakkan nadi e-POWER dengan enjin pembakaran dalaman hanya berfungsi sebagai penjana (generator).

 

Nissan Qashqai Nombor Satu di UK

 

Enjin itu dipadan bersama motor elektrik yang kemudian menggerakkan roda.

Faedahnya ialah pemandu tidak perlu menunggu lama untuk mengecas dan hanya mengisi petrol seperti biasa.

Berikut fakta menarik tentang Qashqai:

  • Generasi pertama dilancarkan pada 2007, kedua pada 2014 dan ketiga pada 2021
  • Hampir 3.8 juta Qashqai telah dipasang di Sunderland sejak 2007
  • Dipasang di Barisan Pengeluaran 1 dan 2 di kilang Sunderland
  • Lebih tiga juta unit dijual di Eropah!

Seperkara lagi yang menarik, satu ketika dahulu Qashqai generasi pertama atau Dualis boleh dimiliki pengguna tempatan melalui pengimport bebas.

Harga unit terpakai kini di dalam lingkungan RM25,000 hingga RM30,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Qashqai Nombor Satu di UK

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
  Kuro bukan baharu, Nissan menggunakannya pada edisi istimewa Juke tahun 2011 lagi. Satu idea…
Berita Global
  Dari banyak SUV buatan Nissan, dua model utama yang dipasarkan di rantau Asean ialah X-Trail…