Tahun Baharu Cina: Kenderaan berat dilarang guna lebuh raya selama 4 hari

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan larangan untuk kenderaan berat menggunakan jalan raya khususnya lebuh raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, larangan akan dikuatkuasakan pada 8 dan 9 Februari, sementara dua hari lagi selepas perayaan iaitu pada 12 dan 13 Februari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, larangan tersebut bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan selain mengelak berlaku kejadian kemalangan maut.

"Penguatkuasaan dan tindakan tegas akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan ekosistem pembudayaan keselamatan jalan raya yang lebih selamat kepada semua pengguna.

"Matlamat JPJ untuk melandai statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

"JPJ menyeru dan memohon kerjasama kepada pengguna jalan raya dan orang awam untuk mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya lain," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa menurut laporan dari Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan di Depoh Transnasional Express Sdn Bhd (Transnasional), Sungai Chua, sempena Ops JPJ Depoh Khas Bulan Perayaan.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, aktiviti pemeriksaan dan pengauditan melibatkan depoh bas di seluruh negara dilaksanakan JPJ bermula Sabtu hingga Rabu.

Kata beliau, sebanyak 361 bas di 54 depoh di seluruh negara telah diperiksa, selain memastikan tahap kesediaan operasi dan keselamatan berada dalam keadaan baik.

Walau bagaimanapun, menurutnya, sebanyak 12 bas telah diambil tindakan dan 10 bas dikeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) di atas pelanggaran peraturan teknikal yang ditetapkan.

Dalam masa yang sama katanya, JPJ juga memantau pemandu yang akan mengendalikan operasi bas mempunyai dokumen yang lengkap dan bersedia mengoperasikan perkhidmatan bas mengikut jadual ditetapkan.

"Kita memandang serius aspek keselamatan dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan pemandu bas ekspres termasuk mana-mana pengguna jalan raya yang masih tegar melanggar undang-undang serta peraturan yang ditetapkan," katanya.

Selain itu menurut beliau, pihaknya melakukan pemeriksaan status saman syarikat pengendali bas tertunggak dan pemeriksaan status saman pemandu bas tertunggak.

Tambahnya, pemeriksaan teknikal dan 'roadworthiness' keselamatan kenderaan dilakukan termasuk brek, tayar, lampu, pembalik cahaya, dokumen kenderaan dan pemandu serta peralatan keselamatan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk memandu di lorong kanan (12 saman) dan tiada…
Berita Domestik
Menurutnya, sepanjang tempoh operasi itu juga, pihak JPJ turut menerima 3,440 kes pelbagai…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…