Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian yang berlaku jam 3.10 petang pada 11 September itu berpunca daripada pemilik yang tidak berpuas hati apabila motosikalnya ditarik kerana mempunyai tunggakan bayaran selama 34 bulan.
Menurutnya, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum kenderaan itu diserahkan kepada ejen tarik kenderaan.
"Laporan tarik motosikal dibuat oleh ejen tarik kenderaan pada hari sama di Balai Polis Brickfield," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber: Berita Harian