Nampaknya, pilihan tersebut tidak akan menjadi kenyataan, namun Honda dikatakan bakal menyusun semula strategi bagi memastikan mereka akan terus kekal relevan di pasaran tersebut.
Ini termasuklah mengurangkan bilangan model kenderaan yang dijual, pengenalan harga jualan tetap serta mengurangkan bilangan bilik pameran di seluruh negara.
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh Honda Australia, syarikat itu turut mengumumkan sebuah model baharu yang bakal menggunakan harga jualan tetap pada Julai 2021.
Selain daripada pengenalan harga tetap tersebut, Honda berkata mereka akan memfokuskan kepada tiga model utama, iaitu Honda HR-V, Honda CR-V dan juga Civic (sedan dan hatchback).
Manakala model bajet seperti Jazz dan City akan dikeluarkan daripada katalog jualan di bawah model perniagaan yang baharu ini.
Sumber: Car Advice