Tak pernah timbul cerita Kereta Nasional Ketiga - KJ

oleh HEZERI SAMSURI|
Khairy Jamaluddin berkata isu projek Kereta Nasional Ketiga tidak pernah ditimbulkan sejak beliau memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Berkata semasa sidang dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19 Ogos lalu di bangunan MAGIC, Cyberjaya, Khairy menjawab pertanyaan mengenai perkembangan projek tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sejujurnya, sejak saya menjadi menteri di dalam kabinet, tidak pernah dibincangkan berkaitan projek Kereta Nasional Ketiga," ujarnya.

Khairy kemudian memberi pendapat bahawa adalah satu kerugian sekiranya projek itu akan menghasilkan produk menggunakan teknologi ICE (enjin pembakaran dalaman seperti diesel, petrol atau gas).

Menteri itu bersetuju jika bantuan diberikan kepada syarikat yang mahu menghasilkan teknologi kereta elektrik (EV) tetapi beliau turut merasa sangsi samada ia mampu menjadi kompetitif ataupun tidak.

Khairy juga berpendapat bahawa sudah terlambat jika Malaysia mahu menggunakan kaedah syarikat kereta nasional sekali lagi.

"Projek syarikat kereta nasional sudah lama terlepas gerabak," ujarnya.

Untuk melihat rakaman video dialog umum itu, sila ke pautan di bawah.

https://www.facebook.com/officialmosti/videos/1130747653992720/


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata,…
Berita Domestik
Beliau menyuarakan pendapatnya itu ketika sesi dialog umum berkaitan Persekitaran Teknologi pada 19…