Tak sempat brek, treler rempuh 11 kenderaan di lampu isyarat

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak 11 buah kenderaan yang berhenti di sebuah lampu isyarat mengalami pelbagai kerosakan akibat dirempuh sebuah treler yang gagal berhenti di Persiaran Tengku Ampuan menghala Puchong, berhampiran sebuah restoran makanan segera di sini pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan sekitar jam 12.09 tengah hari itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemuanya telah hadir membuat laporan.


"Hasil siasatan, mendapati treler tersebut tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapannya berhenti mengejut lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

 

"Kemalangan juga dipercayai melibatkan sebanyak 11 buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

 

Mohd Iqbal berkata, ujian urin didapati negatif dadah manakala hasil semakan mendapati pemandu treler terbabit tiada sebarang rekod jenayah lampau.

 

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

 

"Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," ujarnya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo!, kejadian jam dua petang itu turut melibatkan lima kenderaan lain, dan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistem Komisioner Mohamad Farouk Eshak, "siasatan…
Berita Domestik
  "Akibat kemalangan berkenaan kenderaan berkenaan terbakar menyebabkan pemandu berusia 43 tahun…