Tanah runtuh: JKR tutup laluan B66 Batang Kali-Genting, pengguna dinasihat cari jalan alternatif

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Kosmo
Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor dalam satu hantaran di laman Facebook mengumumkan penutupan jalan laluan B66 (Batang Kali-Genting).

Penutupan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh di seksyen 14, Laluan B66 di tepi jalan raya yang membahayakan pengguna jalan raya.

Orang awam yang ingin ke Genting Highland dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif B113 (Jalan Batang Kali-Ulu Yam) sehingga B23 (Jalan Ulu Yam-Batu Caves), atau menggunakan laluan utama FT001 (Jalan Kuala Lumpur-Ipoh).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Lebih menggusarkan penduduk ialah kebanjiran kenderaan berat yang dilihat menjejaskan struktur…
Informasi
Menurutnya, runtuhan tersebut melibatkan kawasan sepanjang kira-kira 40 meter dengan lebar 15 meter…
Berita Domestik
Kerajaan Negeri Perlis dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh di 11…