Tanam pokok pisang atas lubang jalan raya sebagai tanda protes di Jalan Sandakan-Lahad Datu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar tular
Tidak tahan dengan keadaan jalan raya rosak di daerah ini, ada individu bertindak meletak pokok pisang pada lubang di jalan raya sebagai tanda protes berhampiran Kampung Paris Satu, Jalan Sandakan-Lahad Datu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Gambar mengenai pokok pisang yang diletak pada lubang jalan raya itu tular di media sosial pada Selasa.

Difahamkan, lokasi lubang pada jalan raya yang diletak pokok pisang berada kira-kira 500 meter dari tempat kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak perempuan apabila kereta dinaikinya dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 117 Jalan Sandakan-Lahad Datu, baru-baru ini.

Kemalangan pada jam 11 pagi itu, mengakibatkan mangsa berusia empat tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan.

Netizen dikenali Muhammad Aripin menerusi hantaran di media sosial menyifatkan tindakan meletak pokok pisang pada lubang di jalan raya itu sebagai tanda protes penduduk supaya segera pihak berkuasa menyelesaikan perkara itu.

Ada juga netizen juga bersetuju dengan tindakan individu yang berbuat demikian dan mendakwa kerosakan pada jalan raya di daerah ini masih gagal dibaiki.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penduduk Kampung Poropot, Charls Dodee, 26, berkata, kerosakan jalan itu berlarutan sejak tiga…
Berita Domestik
Keadaan jalan itu dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya, Mohd Fauzie Jasneh, 31, menerusi…
Berita Domestik
Penduduk, Hassan Serian, 56, berkata penduduk, terutama petani yang mempunyai kebun perlu berhati-…