TAS 2024: Hyundai NPX1 didedahkan - Tampilkan IONIQ 5 N dengan komponen konsep N Performance

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara Tokyo Auto Salon 2024 yang bermula hari ini, Hyundai telah mendedahkan model konsepnya iaitu Hyundai NPX1, di mana ianya diasaskan dari model EV prestasinya iaitu IONIQ 5 N.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara teknikalnya, model konsep itu menampilkan konsep komponen-komponen prestasi N Performance yang akan tersedia untuk dibeli oleh para pelanggan pada masa akan datang.

 

2

 

Sebagai permulaan, naik taraf komponen N Performance itu akan ditawarkan untuk model IONIQ 5 N dan akan diikuti oleh barisan model N yang lain.

Pratonton IONIQ 5 N NPX1 itu menampilkan pelbagai peningkatan di bahagian luaran, antaranya splitter hadapan, skirt sisi, diffuser belakang dan sayap belakang besar di mana semuanya diperbuat dari gentian karbon.

 

3

 

Membantu meringankan lagi EV tersebut, ia turut dilengkapi dengan rim karbon hibrid ringan, pad brek berprestasi tinggi dan juga spring yang lebih rendah.

Prototaip komponen N Performance yang digunakan pada konsep NPX1 akan dibangunkan untuk pengeluaran dan sebagai persediaan untuk jualan bermula tahun ini. 

 

4

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…
Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…