TAS 2024: JAOS bawakan konsep off-road Land Cruiser 70 Series, LC 300 dan Delica Mini!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar barangan off-road aftermarket JAOS Corporation bakal menjadikan Tokyo Auto Salon 2024 sebagai medan sebenar untuk mempamerkan koleksi aksesori terbaharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, terdapat sehingga empat model pameran yang akan dibawakan di dewan Makuhari Messe pada 12-14 Januari ini.
 

jaos


Salah satu daripadanya ialah model SUV off-road klasik moden yang kian dan masih lagi popular, iaitu Toyota Land Cruiser 70 Series, diikuti Land Cruiser 300 Series, dan kei car Delica Mini.

Sebuah lagi model akan turut membuat kemunculan di reruai JAOS, besar kemungkinan ia adalah sebuah Land Cruiser Prado generasi terbaharu.
 

JAOS


Berdasarkan gambar lakaran teaser yang dibekalkan, terdapat pelbagai jenis aksesori yang bakal ditawarkan oleh JAOS kelak, termasuklah pilihan rim, besi pelindung, serta rak bumbung dengan integrasi lampu limpah.

Sama seperti penawaran terdahulu, JAOS juga mungkin akan menawarkan naik taraf sistem gantungan bagi memastikan kesemua kenderaan off-road ini mampu menawan apa jua bentuk muka bumi yang bersesuaian.
 

jaos

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…