TOM's Racing pamer projek restomod Supra JZA80 hijau di TAS 2024

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun sudah beberapa tahun Toyota memperkenalkan generasi kelima Supra (atau GR Supra), Supra generasi keempat masih lagi mempunyai kelompok pengikut yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah diubahsuai menandakan kemasukan jenama itu ke dalam perniagaan restorasi kereta-kereta lama.
 

supra


Aspek kosmetik Supra ini dilihat banyak membawakan inspirasi daripada Toyota TRD 3000GT yang diproduksikan pada tahun 1994.

Ia termasuklah kit badan lebar, muka depan yang telah disemak semula termasuklah bampar dan jeriji, liang pengudaraan pada hud enjin, panel rocker, skirt sisi, bampar belakang serta sayap belakang yang tinggi.
 

jza


Menceriakan lagi penampilan Supra ialah layangan warna hijau terang, diikuti dengan set rim aftermarket berwarna emas serta angkup brek Brembo.

Selain daripada Supra, TOM's Racing juga merancang untuk menawarkan perkhidmatan restorasi untuk kereta sports klasik Toyota termasuklah Celica TA22, Levin dan Trueno AE86, Soarer GZ20 dan MR2 SW20.


Toyota TRD 3000GT

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…
Berita Global
Diproduksikan untuk tempoh dua tahun sahaja, sebanyak 4,392 unit Autozam AZ-1 yang keluar dari…