Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, Lexus membawakan model SUV GX 550 "OVERTRAIL" JAOS version sebagai sebuah SUV Off-road premium yang berkemampuan untuk peminat aktiviti luar.
Menerusi kerjasama dengan JAOS, Lexus GX 550 ini telah dipadankan dengan komponen dan aksesori khusus, seperti contoh bampar depan yang diperbuat daripada resin ABS, pelindung fender yang lebar, tempat pemijak sisi tiub keluli, serta mudguard daripada plet aluminium dan flap EVA.
Bukan itu sahaja, terdapat juga rak bumbung rata diperbuat daripada bahan aluminium.
Untuk pemanduan off-road, Lexus GX 550 "OVERTRAIL" ini dipadankan dengan rim rim Tribe Cross bersaiz 18 inci, tayar Toyo Open Country A/T III, serta sistem gantungan BATTLEZ yang mampu meninggikan lagi jarak kelegaan tanah SUV ini.
Selain daripada GX 550 "OVERTRAIL" JAOS version, Lexus juga turut mempamerkan jentera LX 600 "OFFROAD" yang telah berjaya menamatkan laluan sepanjang 2,110 km di BAJA1000 2023.
Tokyo Auto Salon 2024 berlangsung bermula hari ini sehingga 14 Januari 2024.
Lexus LX600 BAJA1000