TAS 2024: Suzuki Swift Cool Yellow, Super Carry off-road antara yang muncul

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki bakal membawakan sehingga sembilan buah kenderaan pameran pada acara Tokyo Auto Salon 2024 yang akan berlangsung pada 12-14 Januari 2024 kelak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada jumlah tersebut, terdapat tiga model pameran yang bakal mencuri tumpuan umum.

Salah satu daripadanya ialah Suzuki Swift Cool Yellow (gambar utama) yang menggunakan Swift generasi baharu.

Ia membawakan penampilan decal grafik pada bahagian sisi, tema warna dua tona dengan bumbung berwarna hitam, diikuti dengan rim yang juga dilayangkan warna hitam.

Jika anda perasan, perumah lampu depan dan belakang juga telah digelapkan.
 

spacia


Terkenal dengan barisan model kei-car, Suzuki juga dijangka akan membawakan model Spacia Papa Boku Kitchen, khusus untuk pengguna berkeluarga.

Model konsep Spacia ini membolehkan golongan ibu bapa menikmati masa bersama anak-anak di tapak perkhemahan, di mana ia turut membawakan ruang dapur kustom yang boleh ditarik keluar.

Akhir sekali, sebuah trak kecil Super Carry Mountain Trail yang mampu menawarkan keseronokan pemanduan off-road.

 

supercarry


Trak Super Carry Mountain Trail ini dipasangkan dengan besi pelindung di bahagian luar, sementara pintu yang asal telah digantikan dengan tiub besi yang serupa.

Ciri lain termasuklah bar LED, rak bumbung, tayar all-terrain, serta pemasangan skid plate keluli pada bahagian bawah bampar depan.

Sayang sekali, konsep sebegini mungkin sekali tidak akan direalisasikan, namun Suzuki mahu menunjukkan kepada dunia kenderaan komersial ringan juga boleh digunakan untuk aktiviti luar selain digunakan sebagai kuda kerja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…