TAS 2024: Toyota GR Yaris 2024 debut, 304 PS, 400 Nm, pilihan transmisi DAT 8-kelajuan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota akhirnya secara rasmi melancarkan hot hatch GR Yaris 2024 yang telah diperbaharui bersempena dengan acara Tokyo Auto Salon yang sedang berlangsung pada ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti penawaran terdahulu, Toyota dilihat memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi menjadikan GR Yaris lebih sesuai digunakan untuk semua golongan sasaran.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, GR Yaris masih lagi mengekalkan penawaran kotak gear manual enam nisbah kelajuan, namun pembeli boleh mendapatkan pilihan transmisi automatik "Direct Automatic Transmission" (DAT) klac tunggal dengan lapan nisbah kelajuan.
 

DAT


Menurut Toyota, perisian transmisi DAT itu telah dioptimasikan untuk pemanduan yang lebih sporti, selain mampu menganalisa cara pemandu memijak pedal brek dan pendikit bagi menentukan kadar penukaran gear yang lebih sesuai.

Enjin tiga silinder G16E-GTS itu juga telah ditala semula, di mana ia kini berupaya menjana kuasa setinggi 304 PS dan daya kilas 400 Nm.

Perubahan tidak terhad setakat itu, Toyota turut meningkatkan tahap ketegaran casis dengan menambah titik kimpalan sebanyak 13 peratus, diikuti 24 peratus perekat struktur untuk peningkatan terhadap kestabilan pengendalian dan keselesaan pemanduan.

Selain itu, bilangan bolt pengikat pada penyerap hentak juga telah ditambah daripada satu kepada tiga untuk mengurangkan perubahan jajaran sewaktu pemanduan, dan meningkatkan tahap responsif operasi stereng.
 

DAT


Dari sudut luaran, GR Yaris 2024 membawakan rekaan yang telah dikemaskini, seperti contoh bampar hadapan dengan rekaan baharu, diikuti dengan bukaan liang udara untuk penyejukan yang lebih berkesan.

Unit lampu belakang yang dikemas kini itu bertujuan untuk meningkatkan tahap penglihatan sewaktu berlumba, sementara unit lampu brek ketiga pula telah diasingkan daripada spoiler belakang.
 

DAT


Perubahan yang besar juga boleh dilihat pada ruang kabin, di mana Toyota kini menerapkan elemen yang diambil daripada sukan perlumbaan rali dan Super Taikyu Series.

Berbanding GR Yaris yang terdahulu, panel kawalan dan skrin paparan telah diposisikan pada sudut 15 darjah yang mampu memudahkan pemandu mencapai fungsi yang diinginkan.

Bukan itu sahaja, posisi pemanduan telah ditambah baik, di mana pemandu kini duduk 25 mm lebih rendah, cermin pandang belakang telah ditinggikan, diikuti dengan tuil penukaran gear yang ditinggikan sebanyak 75 mm berbanding tuil gear GR Yaris RS (transmisi CVT).
 

gr


GR Yaris juga kini menampilkan skrin kluster digital 12.3 inci dengan dua paparan berbeza (bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih).

Bercakap pasal mod pemanduan, GR Yaris menawarkan tiga mod yang boleh dipilih iaitu Sport, Normal dan Eco.

Terdapat juga Circuit Mode yang telah diubahsuai supaya pemilik dapat menikmati potensi sebenar GR Yaris.
 

DAT


Antara perubahan yang dibuat termasuklah pengurangkan turbo lag untuk respons pecutan yang lebih cepat, pengehad kelajuan, kipas penyejukan, serta visual indikasi penukaran gear, di mana setiap satu fungsi itu boleh disesuaikan menggunakan aplikasi peranti pintar.

Untuk trim RC yang dikhususkan untuk kegunaan perlumbaan, Toyota kini menawarkan opsyen brek parkir menegak yang boleh dipasang secara terus dari kilang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…
Berita Global
Bertempat di Tokyo Auto Salon 2024, TOM's Racing mempamerkan sebuah Supra JZA80 yang telah…
Berita Global
Berucap di pentas Tokyo Auto Salon 2024 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya, beliau mengumumkan…