Pengumuman terbaharu itu dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan stok vaksin yang mencukupi untuk setiap golongan dewasa di sana menjelang akhir Mei ini.
Ini turut memberikan petanda bahawa panggung wayang akan mulai dibuka kepada umum, dan menggalakkan lagi orang ramai untuk menonton filem F9 tersebut.
Filem F9 The Fast Saga ini sepatutnya ditayangkan secara rasmi pada Mei 2020, dan ia memakan belanja berjumlah $200 juta untuk disiapkan.
Dalam filem terbaharu ini, Vin Diesel dan gengnya akan kembali menerajui jalan cerita yang klise itu, dan diserikan dengan penampilan watak tambahan seperti John Cena, Dame Helen Mirren dan juga Charlize Theron.