Team Fordzilla lancar rig simulasi perlumbaan GTElite Ford GT Edition

oleh Mohamad Hanif|
Subjenama eSports yang bernaung di bawah Ford, Team Fordzilla telah bekerjasama dengan Next Level Racing untuk membangunkan sebuah rig simulasi perlumbaan yang diinspirasikan daripada Ford GT untuk dipasang pada bilik gaming anda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan kerangka aluminium biru anodized sebelum dikemaskan dengan penjenamaan Ford GT, jalur GT berkembar, dan lencana Blue Oval Ford.
 

ford


Kerangka ini boleh diubahsuai untuk mereka yang mahu mencari sebuah posisi duduk yang sesuai untuk tujuan perlumbaan simulasi, malah ciri seperti ketinggian, jarak dan sudut pedal juga boleh dilaras untuk keselesaan maksimum.

Menurut NLR, rig ini sangat sesuai untuk dipadankan dengan komponen stereng, tombol gear dan pedal yang dikeluarkan oleh syarikat besar seperti Fanatec, Logitec, Thrustmaster dan lain-lain.
 

ford


Pihak NLR dan Team Fordzilla turut menawarkan pakej berasingan ES1 Ford GT yang dilengkapi dengan tempat duduk perlumbaan berlogokan GT dan alas lantai berjenama Team Fordzilla.

Harga jualan untuk rig perlumbaan itu bermula dari $799 (RM3,570) sementara pakej tempat duduk pula memerlukan tambahan $499 (RM2,229) yang boleh didapati bermula Oktober ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan itu, Hexagon kini bekerjasama dengan Fujitsu bagi membolehkan para pelanggan Cradle CFD…
Berita Domestik
Di bawah perjanjian ini, Altair akan membekalkan kepakaran di dalam simulasi bagi membantu Gemilang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, seorang lelaki Jepun yang sudah pun berusia 93…