Teaser GranTurismo generasi baharu - bakal jadi EV pertama Maserati!

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu Maserati GranTurismo bakal menampilkan penggunaan trenkuasa elektrik sepenuh masa dan bakal menjadi model EV pertama jenama itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, Maserati baru-baru ini turut mendedahkan beberapa keping gambar teaser yang mendedahkan model prototaip GranTurismo sedang diuji atas jalan raya.

Walaupun masih lagi sarat dengan pelekat samaran, secara jelasnya kita boleh melihat evolusi muka hadapan yang bakal dibawakan pada GranTurismo baharu ini yang menampilkan beberapa elemen daripada model MC20.

 


Seperti contoh, penggunaan gril yang lebar, liang kemasukan udara yang lebih agresif, serta unit lampu utama yang lebih menegak.

GranTurismo dijangka membawakan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang sama digunakan pada model MC20, akan tetapi dengan talaan kuasa yang lebih rendah.

Pada model MC20, enjin tersebut berupaya menjana 621 hp dan 730 Nm yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang 2.9 saat dan kelajuan tertinggi 325 km/j.

 


Menurut Maserati, walaupun unit yang dipamerkan ini masih lagi menggunakan enjin petrol, ia juga bakal menjadi model pertama yang menggunakan trenkuasa elektrik 100 peratus serta menampilkan teknologi 800 voltan dan keupayaan pengecasasn sehingga 300 kW.

Untuk model elektrik, Maserati bakal menggunakan nama khas Folgore, di mana untuk model EV tahun 2022, ia bakal menjadi model Maserati yang paling berkuasa dengan 650 hp dan masa pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat.

Terdapat kemungkinan besar angka output dan prestasi itu dikhususkan untuk model MC20 Folgore dan bukannya GranTurismo Folgore.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan yang dijadualkan pada Sabtu 13 dan Ahad 14 April itu bakal mengambil tempat di Litar…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Pelancaran
Ia membawakan trenkuasa yang terdiri daripada enjin turbo bersesaran 1,995 cc yang dipadankan…