Teksi Tanpa Pemandu - GM hentikan pembuatan Cruise Origin atas isu keselamatan

oleh HEZERI SAMSURI|
General Motors (GM) terpaksa menghentikan operasi jenama Cruise selepas permit teksi tanpa pemandu (autonomi) mereka digantung oleh kerajaan negeri California bulan lepas.

Ia berlaku selepas beberapa insiden, termasuk seorang wanita yang cedera parah selepas ia dilanggar oleh sebuah kenderaan biasa dan kemudian terpelanting ke hadapan sebuah Cruise Chevrolet Bolt EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cruise itu yang bergerak sendiri tanpa pemandu, tidak berhenti dan terus melanggar wanita tersebut.

Pihak berkuasa California kemudian menyuarakan kebimbangan mereka akan kenderaan autonomi dan keselamatan pejalan kaki.

Cruise Origin ialah sebuah kenderaan elektrik (EV) khusus untuk membawa penumpang tanpa perlu khidmat pemandu. Ia dibina oleh Cruise, sebuah syarikat yang dimiliki oleh GM dan Honda. 

Namun begitu, kebanyakan Cruise yang bertindak sebagai teksi robot ialah dari jenis yang menggunakan Chevrolet Bolt EV dan ia dibenarkan untuk bergerak di jalanraya awam di bandar-bandar seperti San Francisco, Austin dan Miami.

Cruise Origin dibina di kilang Factory Zero milik GM di Michigan dan ia sudah menghasilkan "ratusan" unit yang sudah bersedia untuk berkhidmat sebagai bas mini awam berautonomi.

GM dilaporkan sudah mengalami kerugian sebanyak US$1.9 bilion dari Cruise sahaja, tetapi ia masih percaya syarikat kenderaan autonomi itu mempunyai masa depan yang cerah. Malah gergasi computer, Microsoft juga mempunyai pelaburan yang besar di dalam Cruise.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah…
Berita Global
  Kenderaan tanpa pemandu yang digunakan ialah Cruise Origin dan dibangunkan secara bersama oleh…
Model Terbaharu
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda Prologue merupakan hasil kerjasama dengan jenama gergasi…