Serentak dengan itu, Kia Malaysia juga bakal memperlihatkan buat kali pertama model MPV 11 tempat duduk itu di acara Drive Auto Fair Carlist.my bertempat di Setia City Convention Centre bermula 3 hingga 5 Disember 2021.
Generasi keempat Kia Carnival telah dilancarkan di peringkat global pada tahun lalu, dengan menggunakan platform baharu serta penawaran dimensi yang lebih besar.
Selain itu, ia menampilkan jarak overhang depan yang pendek, serta jarak antara roda juga yang lebih panjang yang menyumbang kepada ruang kabin yang lebih besar serta silhouette yang lebih atletik dan dinamik.
Untuk pasaran global, Kia menawarkan konfigurasi tujuh sehingga 11 tempat duduk pada satu-satu masa, namun untuk pasaran Malaysia, Kia Carnival didatangkan dengan versi 11 tempat duduk sahaja.
Secara standard, Kia Carnival datang dengan ciri seperti lampu LED automatik, lampu nyalaan siang LED, kombinasi lampu mentol di belakang, penyeka kaca automatik, serta rim aloi bersaiz 18 inci.
Sementara ruang kabin pula mendapat ciri seperti sistem infotainmen 12.3 ici dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, paparan keliling, brek parkir elektronik, skrin kluster instrumen TFT 4.2 inci, paddle shifter, diikuti dengan ciri pendingin hawa dua zon di depan dan zon tunggal di belakang.
Ciri keselamatan pula merangkumi enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Elektronik, Sistem Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Brek Pelanggaran (MCB), Auto Hold, cagak ISOFIX, amaran penumpang belakang, serta tambahan ciri termaju amaran pelanggaran titik buta dan bantuan pengelakan pelanggaran lintasan trafik belakang.
Berikut merupakan perincian ringkas Kia Carnival 2022 untuk pasaran Malaysia:
Enjin: Smartstream 2.2 liter turbo diesel CRDi
Sesaran: 2,151 cc
Kuasa: 199 hp @ 3,800 rpm
Daya kilas: 440 Nm @ 1,750-2,750 rpm
Transmisi: Automatik E-Shift lapan kelajuan
Penggunaan bahan api: 6.5 liter/100 km
Kapasiti tangki bahan api: 72 liter
Suspensi depan: MacPherson
Suspensi belakang: Multilink
Radius putaran: 5.85 meter
Rim: 18 inci, tayar 235/60 R18