Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara

oleh Penyumbang Rencana|
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mencabar syarikat automobil negara, Proton Holdings Bhd (PROTON) untuk membina dan menguasai teknologi kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Tenggara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, Proton perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Menurutnya, fokus pasaran Proton tidak seharusnya untuk pasaran Malaysia tapi juga untuk rantau ASEAN.

Tambah beliau, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan 59 projek bernilai RM26.2 bilion dalam EV serta ekosistem berkaitan dan beliau menggesa Proton mengambil kesempatan daripada insentif tersebut.

“Jadi sebenarnya, Proton, anda mempunyai kelebihan dalam memanfaatkan ekosistem sedia ada ini dan juga insentif kerajaan.

“Jadi, saya berharap untuk melihat usaha Proton dalam membangunkan lagi ekosistem automotif termasuk kenderaan generasi akan datang dan EV.

“Kita perlu menggalakkan lebih banyak vendor tempatan melalui lebih banyak pemindahan pengetahuan dan teknologi.

Ini bermakna, lebih banyak R&D (kajian dan pembangunan) yang bermakna, peningkatan kemahiran terkini untuk rakyat Malaysia…supaya Proton boleh meluaskan pasarannya di luar sempadan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Proton S70 di Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir, Pengerusi Proton Holdings Bhd (PROTON), Tan Sri Syed Faisal Albar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Model terbaharu dari PROTON itu akan menggunakan enjin 1.5 liter turbo dan transmisi tujuh kelajuan automatik DCT.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 150 PS pada 5,500 rpm dan tork tertinggi 226 pada 1,750 hingga 4,000 rpm.

Tujuh warna ditawarkan sebagai pilihan termasuk Quartz Black (hitam) ditawarkan eksklusif hanya untuk Flagship X.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MAA berpendapat tiada kesan besar disebabkan pelaksanaan e-Invois. Kami percaya pengedar dan bank…
Berita Domestik
Beliau berkata, menerusi pembukaan kilang itu, ia menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan baharu,…
Berita Domestik
MITI dan agensinya MIDA, turut telah menggerakkan pasukan khusus melibatkan PERKESO dan Jabatan…