Tercampak dari 'flyover' selepas kemalangan, seorang remaja maut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar tular
Seorang remaja maut tercampak dari 'flyover' selepas kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya terbabit dalam kemalangan di Jalan Skudai di Johor Bahru pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa yang maut merupakan seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun dalam kejadian pada jam 6 petang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Kereta Toyota Vios dipandu rakan mangsa itu dipercayai mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal pasti nombor dan jenisnya yang telah memasuki laluannya di lorong kanan.

"Pemandu berjaya mengelak kereta terbabit tetapi hujan renyai dan jalan yang licin, menyebabkan pemandu kereta melanggar pembahagi kanan jalan, berpusing dan terbalik beberapa kali sebelum sekali lagi melanggar dan berhenti di bahu kanan jalan.

"Akibat kemalangan tersebut mangsa yang duduk di bahagian penumpang bahagian belakang sebelah kiri pemandu disahkan maut di lokasi kemalangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, penumpang hadapan bahagian sebelah kanan pemandu cedera dan patah bahagian kaki kiri.

Katanya, pemandu serta penumpang bahagian belakang pemandu hanya mengalami cedera ringan pada beberapa bahagian anggota badan.

Menurutnya, kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Polis dalam satu kenyataan berkata mereka sedang mengesan penunggang motosikal yang dipercayai…
Berita Domestik
Video yang ditularkan sehingga ke WhatsApp saya ini menyaksikan seorang wanita surirumah berusia 56…