"Berhubung laporan berita bahawa pekerja pelantar minyak terkandas di luar pantai Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera di Myanmar, Petronas ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah berhubung dengan kontraktor bagi memastikan kesejahteraan pekerja mereka dan memastikan bekalan keperluan termasuk makanan, air dan bahan bakar mencukupi," jelas kenyataan itu.
"Sejumlah 36 pekerja lagi di bawah kontraktor dan dua pekerja Petronas telah dipindahkan ke hotel berdekatan dengan selamat untuk menjalani sesi rehat dan rawat, serta mengambil kira keperluan kuarantin COVID-19," jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, Petronas juga jelas kenyataan itu lagi sedang bekerjasama rapat dengan pihak kontraktor, Kedutaan Besar Malaysia di Myanmar dan Wisma Putra serta agensi berkaitan untuk menguruskan perkara itu.
"Keselamatan dan kesejahteraan pekerja kontraktor dan keluarga mereka adalah keutamaan kami," jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Mingguan Malaysia telah melaporkan kira-kira 200 pekerja Petronas di pelantar minyak di Laut Andaman, perairan Myanmar terkandas selepas rampasan kuasa berlaku di negara itu sejak Isnin lalu.